|
Rhythm telah berjaya mengadaptasikan dan mengubahsuaikan sistem teknologi terkini untuk
meningkatkan peranan pelbagai bidang perniagaannya. Kami berasa bangga menjadi perintis
yang dilantik dalam mereka cipta dan membangunkan tapak solutions kad pintar terkini dalam
sistem pengurusan francais (FMS) dan Sistem Point Of Sale (POS). Bersama skim loyalty kad
pintar IQ multi-pedagang yang inovatif, iaitu satu bentuk sistem pengurusan perniagaan francais
bersepadu, Rhythm telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat ICT tempatan yang
terulung dan inovatif di Malaysia. Dalam usaha membangunkan sistem ini, kami menjalinkan
kerjasama yang erat dengan Gemplus iaitu pembekal solutions kad pintar di dunia
Sistem pengurusan francais Rhythm telah mencatatkan era baru dalam bidang peruncitan
dan francais di negara ini yang membolehkan peruncit dan peniaga francais membezakan
dan mempelbagaikan produk mereka untuk menghadapi persaingan dalam dunia perniagaan
masa kini. Sistem pengurusan francais yang inovatif ini membantu peniaga francais
kami mendapatkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan serta meningkatkan urusan perkhidmatan
pelanggan. Pendekatan ini telah terbukti mengukuhkan aktiviti perniagaan
dengan meningkatnya jumlah jualan.
|
Pedagang IQ kami dilengkapi dengan terminal kad pintar yang mesra pengguna yang
membolehkan mereka membaca profil individu pelanggan yang disimpan di dalam
setiap cip berasaskan kad loyalty IQ. Ini membolehkan pelanggan menikmati
ganjaran nilai mata IQ segera yang boleh digunakan untuk menebus barangan
atau pembayaran melalui nilai mata.
Kini, dengan meningkatnya kesedaran terhadap kepentingan migrasi EMV di negara ini,
kami sentiasa menginovasikan solutions kami ke arah memperkenalkan terminal pembayaran
kepatuhan EMV untuk fungsi kredit/debit dan e-dagang untuk semua pedagang kami.
|
|
|