
Rhythm Consolidated Berhad
adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Kedua
Bursa
Saham Kuala Lumpur. Gabungan kumpulan Rhythm ini
terdiri daripada syarikat-syarikat pengeluar produk
kertas yang pesat membangun dan berdaya maju. Kilang
kumpulan Rhythm terletak di dalam kawasan seluas
190,000 kaki persegi bertempat di Bukit Minyak Pulau
Pinang iaitu di salah sebuah kawasan perindustrian
utama di Malaysia.
Aktiviti-aktiviti teras kumpulan Rhythm meliputi
penerbitan bahan-bahan pendidikan, alat tulis, pencetakan, ICT dan francais.
Dengan gabungan kumpulan Rhythm, setiap produk
mampu dihasilkan dengan lebih efisien. Pemprosesan
secara dalaman berjaya menjimatkan kos dan menghasilkan
produk yang berkualiti tinggi. Oleh itu, secara tidak
langsung kumpulan Rhythm berjaya merealisasikan
misi kumpulan syarikatnya, iaitu memangkin wawasan
ke arah mewujudkan masyarakat berilmu dengan menyediakan
bahan-bahan bacaan dan alat tulis yang berkualiti
tinggi pada harga yang berpatutan.
|
|