Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih memuaskan kepada
para pengguna, Rhythm telah memperluaskan perkhidmatannya
dengan menceburi bidang peruncitan. Rhythm telah menubuhkan
rangkaian kedainya sendiri. Altimutiara Sdn. Bhd. merupakan
syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus rangkaian
kedai Rhythm tersebut. Sehingga kini, terdapat sebanyak
32 buah rangkaian kedai Rhythm yang dinamakan
Pembekal Buku Dan Alat Tulis Rhythm.
di seluruh Semenanjung Malaysia dan Brunei.
Altimutiara Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk menguruskan rangkaian Kedai Rhythm.
Pembekal Buku Dan Alat Tulis Rhythm
memperolehi stok kertas, alat tulis, kertas fotostat,
buku dan novel terus dari kilang kumpulan Rhythm. Oleh
itu, pengguna boleh membeli pelbagai produk tersebut pada
harga yang berpatutan. Rangkaian kedai Rhythm ini dibangunkan
bukan setakat berperanan sebagai kedai runcit tetapi juga
sebagai pusat pemborong bagi tadika, sekolah, pejabat
dan juga kedai-kedai runcit kecil di kawasan sekitarnya.