CP Tech Sdn. Bhd. menjadi anak syarikat Rhythm Consolidated Bhd. pada tahun 1995. CP Tech Sdn. Bhd. berperanan membuat rekaan grafik untuk pembalut hadiah, buku, kertas dan alat tulis. Di samping membuat rekaan grafik, CP Tech Sdn. Bhd. juga menyediakan perkhidmatan proses prapenerbitan dan pramultimedia kepada mana-mana syarikat dalam kumpulan Rhythm.



Drum Scanner


CP Tech bertanggungjawab membantu menyediakan keperluan penyelidikan dan pembangunan kumpulan Rhythm serta proses prapenerbitan yang meliputi proses pemisahan warna, pembuatan filem dan plat. CP Tech Sdn. Bhd. diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling berkembang pesat dalam industri prapenerbitan. Syarikat ini dilengkapi dengan peralatan terkini dan canggih, antaranya high-end scanner, top-of the range servers, high end image-setter dan CtP (Computer to Plate).



  CtP (Computer to Plate)

Kini, CP Tech Sdn. Bhd. telah meningkatkan kemudahan dan perkhidmatannya dengan beroperasi sepenuhnya menggunakan sistem digital. Sistem pentadbiran kawalan digital ini mengurus dan mengawal mesin untuk mengendalikan tugas-tugas seperti file optimization, trapping, proofing, imposisi, pembuatan filem/plat dan archiving bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.


Syarikat ini juga menyedari kepentingan tenaga manusia bagi melicinkan proses pentadbiran. Oleh itu, CP Tech Sdn. Bhd. memiliki sekumpulan pereka grafik yang berkelayakan, berpengalaman dan profesional. Selain daripada memberikan perkhidmatan kepada kumpulan Rhythm, CP Tech Sdn. Bhd. juga menyediakan perkhidmatan proses prapenerbitan, termasuklah proses pemisahan warna, pembuatan filem dan plat kepada syarikat luar. Pelanggan syarikat ini terdiri daripada agensi pengiklanan, syarikat percetakan dan firma dagangan.



Cari :
malay.rhythm.com.my

Cari Lanjut


Yang Terkini!

Laman UtamaMengenai RhythmYang TerkiniProduckHubungi KamiMaklum BalasCariPeta Laman Web
Kemaskini:
Hak Cipta © 2001 Rhythm Consolidated Berhad. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Polisi Privasi