Ke
Arah Perniagaan Masa Kini Yang Lebih Bijak
Dunia
perniagaan masa kini menghadapi pelbagai cabaran yang hebat
yang tidak terfikir oleh generasi sebelum ini. Cabaran-cabaran
ini tidak lagi terhad kepada cabaran tempatan sahaja tetapi
melibatkan cabaran global kerana dunia kini menjadi lebih
integrasi dari segi digital serta fizikal.
Memandangkan semakin ramai manusia yang berpendidikan tinggi
dan berpengetahuan luas maka kehendak mereka juga telah
semakin meningkat. Oleh itu mereka tidak lagi berasa puas
hati dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti sederhana.
Mereka berkehendakkan perkhidmatan yang lebih berkualiti
dan bernilai malahan perkhidmatan sebegini bukan lagi satu
bentuk kemewahan tetapi merupakan satu aspek penting untuk
memastikan sesuatu perniagaan itu terus beroperasi dan kekal
bersaing.
Dunia perniagaan kini bukan lagi sekadar memastikan harga
terendah atau menyediakan pilihan produk yang pelbagai,
tetapi perniagaan kini perlu memberi tumpuan kepada cara
menarik lebih ramai pelanggan dan memastikan mereka kekal
setia pada perniagaan anda.
Program Loyalty Kad Pintar IQ
Tidak seperti program loyalty yang lain, Program Loyalty
Kad Pintar IQ merupakan program terulung yang dicipta untuk
memberikan keuntungan bukan hanya kepada ahli-ahlinya dengan
menyediaan kemudahan yang pelbagai malahan juga kepada pedagang
yang akan memiliki akses kepada jumlah pelanggan yang
lebih banyak dengan serta-merta. Program komprehensif ini
juga berupaya menggalakkan lebih banyak pembelian dan juga
meningkatkan serta mengekalkan kesetiaan para pelanggan.
|
|
|
|
|
|
|
|