| |
|
Monosetia Sdn. Bhd. memainkan peranannya dalam proses
percetakan dan penjilidan buku untuk kumpulan Rhythm dan
syarikat luar. Monosetia Sdn. Bhd. dilengkapi dengan mesin-mesin
percetakan dan penjilidan buku yang canggih, iaitu Sheet-Fed
dan Web Offset. Mesin-mesin yang terdiri daripada jenama
Heidelberg, Kolbus, Muller Martini, Mitsubishi, Will,
Komori dan Biolometik yang digunakan ini telah diiktiraf
mampu menghasilkan bahan percetakan dan penjilidan yang
bermutu tinggi.

Monosetia Sdn. Bhd. mementingkan kualiti dalam
perkhidmatannya. Setiap produk akan melalui proses kawalan
mutu yang ketat bermula daripada proses percetakan hingga
ke proses pembungkusan. Staf profesional kami akan membuat
pemeriksaan ke atas setiap produk melalui cara dan pendekatan
yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
|

Kualiti
produk juga ditentukan melalui penggunaan mesin. Kini, peralatan
mesin yang canggih dan terkini menjadi satu keperluan dan
memainkan peranan penting dalam dunia pengeluaran produk
kertas yang penuh persaingan.
Oleh itu, bagi memastikan pengeluaran produk kertas sentiasa
memenuhi standard kualiti yang memuaskan pada kos yang rendah,
Monosetia Sdn. Bhd. sentiasa meningkatkan keupayaan dan
mempelbagaikan mesin-mesinnya. Dengan adanya langkah ini,
permintaan dan kehendak pasaran serta para pengguna dapat
dipenuhi.
|