Beritahu Kawan Anda!




 
  

  TERBARU DI PASARAN !!

Maklumat lanjut tentang Identiti Terbaru NSCR
 
 

November  2006

Sepohon Rindu Terlerai

AUTHOR: IYZA AMYZA
BOOK CODE: BNZW-T2266
PRICE: RM 19.90 Semenanjung Malaysia | RM20.90 Sabah/Sarawak

Dalam Persoalan hati antara Anis Najwa dengan Aiman, masing-masing memendam perasaan cinta. Biarpun Aiman sudah meluahkan perasaannya, namun dia kecewa apabila hasrat hatinya ditolak. Bagi Anis Najwa, bukan kerana tiada rasa sayang di hati, tetapi takut diri dipermainkan. Peribadi Aiman menjadikan Anis Najwa takut untuk menerima huluran kasihnya. Dia berharap Aiman berubah, tetapi harapannya hancur apabila Aiman kembali menyambung kasih dengan Amira. Anis Najwa tegar mempertahankan perasaan kasih dan setianya terhadap Aiman walaupun hatinya cuba dimiliki Rizman. Masa berlalu, Anis Najwa dipertemukan dengan Dr. Hakim, lelaki yang sekian lama menaruh hati terhadapnya. Lantaran itu, Anis Najwa terpaksa akur akan takdir hidupnya walaupun hati tidak merelakannya. Namun, ternyata musibah yang menimpa Aiman telah megubah perjalanan perhubungan antara mereka.

 

Kesetianku Hanya Untukmu

AUTHOR: JURIAH ISHAK
BOOK CODE: BNZW-T2265
PRICE: RM 13.90 Semenanjung Malaysia | RM14.90 Sabah/Sarawak

Izani, mendambakan kasih keluarga namun dia tersisih dari perhatian mereka. Walaupun berkebolehan dalam akademinya, namun dek kemiskinan yang menjerut, dia terpaksa melepaskan cita-cita. Perkenalan dengan Anwar merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia hampir diperkosa. Dek merasakan dirinya sudah tidak berguna, Izani bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur. Sementelah lagi Izad, lelaki yang dicintainya akan berkahwin dengan Hajar. Kehidupan ini memang aneh. Kita tidak pernah menjangkakan sesuatu yang mendatangi hidup ini. Begitulah juga dengan Izani. Dia tidak pernah mengimpikan mahligai yang dibina, sengsara bak neraka. Bukanlah wanita datangnya daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok? Namun apabila peribadi suaminya sendiri tidak terpelihara, bagaimanakah Izani dapat mengharungi dunia ini? Bertimpa-timpa kesedihan yang mendatangi hidupnya sehingga Izani tidak betah bernafas. Apakah yang terjadi seterusnya? Dapatkah Izani hidup bahagia? Semuanya terjawab dalam Kesetiaanku Hanya Untukmu.

 
Mei  2006

Jika Itu Takdirnya

PENULIS: SANTANA ABADY
KOD BUKU: BNZW-T2264
HARGA: RM15.90 Semenanjung Malaysia | RM16.90 Sabah/Sarawak

Pengisahan realiti cinta antara dua insan yang ternyata merupakan satu perjuangan yang terlarang. Pelbagai liku yang mengundang kepayahan, malah ketentuan yang cukup menyedihkan. Antara suka dengan duka yang silih berganti. Antara air mata dengan gelak ketawa, serta sesekali sinis yang terasa. Nur Idayu, seorang gadis kampung, berpendidikan sederhana bersama ibunya, Solehah, gagah mengharungi pahit getir untuk meneruskan penghidupan. Mohd Aizard pula, yang berstatuskan anak orang berada, kalut menyusun kata dalam mencari sinar bahagia buat mereka berdua. Namun, apakah lagi rentetan halangan yang kian menerjah? Atau apakah yang berlaku sebenarnya? Juga terpapar cinta tiga segi, Anissofia dan Huzairi, yang sesekali mencuit rasa. Apakah kesudahan yang bakal terjadi dalam dilema mengejar bahagia?

 

Tiada Lagi Cinta

PENULIS: NOR RAFISHAH MD. HASSAN
KOD BUKU: BNZW-T2263
HARGA: RM17.90 Semenanjung Malaysia | RM18.90 Sabah/Sarawak

Andai cinta tiada lagi, bebaskanlah diri daripada dipenjarai kekecewaan. Kembangkanlah sayap mencari hati yang baru. Andai cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya, melainkan bersujud kepada-Nya. Memang terluka jika berpisah bukan dengan kerelaan hati. "Andai kau untukku walau terlindung dibalik awan kita tetapkan bersatu. Jika bukan kepunyaanku, walau dekat selalu kau bukan milikku" - Kerana cinta, Masyitah dan Amir sama-sama terluka. Benarlah, hanya yang mengalaminya sahaja dapat merasai keperitan perpisahan itu. Mereka jatuh dalam luka yang sama dan bangun kembali demi rasa kecintaan itu. Tiada lagi cinta bukan bermakna mereka harus menutup pintu hati melainkan percaya; kebahgiaan itu tetap ada.

 
April  2006

Seadanya Sayang

PENULIS: NEKMAH MIRDI
KOD BUKU: BNZW-T2262
HARGA: RM16.90 Semenanjung Malaysia | RM17.90 Sabah/Sarawak

Kasih sayang bagaikan omongan kosong bagi Syamsul. Kematian ibu bapanya membuatkan hubungannya dengan Saiful renggang. Tiba-tiba dia didatangi wasiat abangnya yang meminta dia mengambil alih tanggungjawab menjaga keempat-empat anak saudaranya dan mengusahakan ladang milik abangnya. Syamsul keliru. Dia tidak betah meninggalkan kerjayanya dan Erika demi sekeping wasiat. Kekecohan Athirah telah menjemputnya pulang ke kampung. Masalah yang datang sering memeningkan kepala Syamsul namun kerenah anak saudaranya menimbulkan rasa tanggungjawab untuk membimbing mereka. Adakalanya dia berputus asa untuk meneruskan amanat tersebut apabila Alina sering meragui keikhlasannya. Kehadiran Sumaiyah umpama penyuntik semangatnya yang kian luntur. Dalam diam, Syamsul menaruh harapan pada tunangan orang itu. Keadaan kembali tegang tatkala Datuk Hashim menuntut hak penjagaan ke atas anak saudaranya itu. Syamsul tiada pilihan. Dia harus berkahwin untuk memenangi kes tersebut. Sanggupkah Erika menerima lamaran Syamsul? Mampukah Erika menjadi ibu yang baik kepada mereka? Berjayakah Syamsul merebut hak penjagaan ke atas anak saudaranya itu? Masih adakah ruang untuk Syamsul mengecapi kebahagiaan?

 

Berakhir Sebuah Penantian

PENULIS: HANIS
KOD BUKU: BNZW-T2261
HARGA: RM12.90 Semenanjung Malaysia | RM13.90 Sabah/Sarawak

Nostalgia silam Aleeza sering menghantui percintaannya dengan Nazri. Jalinan cinta mereka juga semakin tergugat dengan adanya Sharifah Farhana dan kembalinya Azman, yang satu ketika pernah menaruh perasaan cinta kepada Aleeza. Disamping itu, pencarian Aleeza selama ini semakin menemui penghujungnya. Wanita yang dikenali sewaktu membuat kerja amal, rupa-rupanya ialah ibu kandungnya. Namun, tidak semua penantian itu berakhir dengan kebahagiaan. Sharifah Farhana yang bakal disatukan dengan Nazri, ialah anak kepada ayah kandungnya. Aleeza di ambang persimpangan. Meneruskan hubungannya dengan Nazri, bermakna dia mengecewakan hati adiknya sendiri. Memutuskan hubungannya dengan Nazri, bermakna membunuh hatinya. Mampukah Aleeza berterus terang akan dirinya yang sebenar kepada ibu bapa kandungnya? Bagaimanakah jalan penyelesaian yang harus diambil demi menjaga hati insan yang disayangi dan dicintainya? Mampukah Aleeza mengakhiri penantiannya itu?

 
Mac  2006

Mencari Sinar Di Hati

PENULIS: LIZA NUR
KOD BUKU: BNZW-T2260
HARGA: RM16.90 Semenanjung Malaysia | RM17.90 Sabah/Sarawak

Kristal, seorang anak yang ketandusan kasih sayang keluarga kesan peristiwa hitam yang berlaku kepada arwah ibunya. Kewujudannya tidak diakui oleh bapanya, Datuk Imran serta dibenci oleh kakaknya, Mawar, yang menganggap Kristal sebagai penyebab musnahnya kebahagiaan ibu bapa mereka. Hati Kristal kian terluka apabila kasihnya kepada Johan terlebih dahulu direbut oleh Mawar semata-mata kerana dendam. Dalam pada itu, hasrat Kristal untuk menemui bapanya tercapai apabila dia menyamar sebagai isteri Adam, kawan abangnya, Izhar. Sandiwara palsu yang dimainkan menjerat diri apabila Adam mula jatuh cinta kepadanya. Namun, hati Kristal terluka lagi apabila Mawar juga mencintai Adam. Johan pula mulai sedar akan pentingnya Kristal dalam hidupnya. Mampukah Kristal memenangi hati bapanya? Sanggupkah dia menerima cinta lelaki yang turut dicintai kakaknya? Masihkah hatinya milik Johan? Atau mungkinkah dia sendiri sudah terjerat dalam sandiwaranya bersama Adam?

 

Tenda Biru

PENULIS: JESSY MOJURU
KOD BUKU: BNZW-T2259
HARGA: RM20.90 Semenanjung Malaysia | RM21.90 Sabah/Sarawak

Cinta adalah gugurnya titisan gerimis untuk selengkung pelangi. Begitulah diibaratkan percintaan Tasya dan Haikal. Cinta mereka diuji, kasih mereka dirintangi dugaan namun cinta di hati tetap menyala. Cinta Tasya dan Haikal dihalang oleh Tuan Saiful dan Zakrul. Tanpa bingkisan berita daripada suaminya, Tasya hampir tunduk pada kemahuan papanya untuk menerima Zakrul, namun keunggulan cinta Haikal menyemarakkan semula kasihnya. Dia nekad melarikan diri dari penjara kasih Zakrul tanpa disedarinya, nyawa cinta mereka berada dihujung tanduk. Haikal dilanggar lari oleh Zakrul dan dia pula melahirkan anak tidak cukup bulan. Menatap si kecil Sasha Nurshifika, hatinya disimbah semangat, benih kasih ini harus dijaga. Itulah sahaja semarak kasihnya. Kehadiran Haikal semula di sampingnya walaupun dalam keadaan koma membuatnya diintai kebahagiaan. Namun, hujan mencurah di tengah hari, kasih mereka diuji sekali lagi. Siapakah Ferhad di antara dia dan Haikal? Apakah kesudahan episod cinta Tasya dan Haikal? Akan munculkah selengkung pelangi cinta mereka? Dan bagaimana pula nasib si durjana Zakrul yang menoktah hitamkan kehidupannya?

 
Februari  2006

Kembara Cinta

PENULIS: TANNE HADIHAZ
KOD BUKU: BNZW-T2258
HARGA: RM17.90 Semenanjung Malaysia | RM18.90 Sabah/Sarawak

Dendam Mariam kepada Rusli membuatkan dia membenci keturunan lelaki itu, apatah lagi anaknya, Nureen Batrisya yang berkawan rapat dengan Danish. Sikap Mariam yang terlampau mengongkong kehidupan Nureen membuatkan cinta rahsia Nureen dan Danish berkocak. Saat cinta mereka dihidu oleh Mariam, wanita itu nekad untuk meleraikan ikatan kasih itu. Nureen Batrisya harus dipisahkan dengan Danish. Dia membawa Nureen jauh ke Utara tanahair, lalu berhasrat menjodohkan anaknya dengan Fahmi. Danish kecewa apabila berita daripada kekasihnya tidak kunjung tiba lalu dia melepas sepi bersama Juliana. Khabar pertunangan Nureen dengan Fahmi pula benar-benar meremukkan hati lelakinya lalu dendamnya pada Nureen bertambah menyala, sehebat nyalaan cinta Nureen padanya. Apakah yang terjadi seterusnya? Bagaimanakah akhirnya episod cinta yang meruntun hati ini? Semuanya terjawab dalam Kembara Cinta.

 

Rintihan Kasih

PENULIS: HANI JOHAINI
KOD BUKU: BNZW-T2257
HARGA: RM15.90 Semenanjung Malaysia | RM16.90 Sabah/Sarawak

Ketabahan Nadiah diuji satu demi satu. Perjalanan kehidupannya tidak seindah yang diimpikan. Kisah percintaannya juga tidak seindah wajahnya, lalu siapa kata; memiliki wajah jelita bererti dia mudah memiliki segalanya? Kecantikannya memusnahkan kehidupannya lalu membuatkan dia hilang segalanya tanpa rela. Demikianlah…gadis setulus Nadiah rela berkorban demi seorang sahabat kerana baginya persahabatan itu begitu besar maknanya. Hatta Idwan Amiruddin pun sanggup diserahkannya kepada Syazana. Bak kata pepatah, yang pahit akan manis juga akhirnya, dia jatuh dalam rimbunan kasih Ashadi dan seruan cinta itu menjadi milik mereka yang hakiki. Andai itulah jodoh mereka, terlindung dibalik awan pun mereka tetap akan bersatu.

 

Inilah Cinta

PENULIS: CT ROHANI ABU
KOD BUKU: BNZW-T2255
HARGA: RM17.90 Semenanjung Malaysia | RM18.90 Sabah/Sarawak

Benar cinta itu buta. Begitulah cinta Karina, yang hadir ketika dia sudah bergelar andartu. Pertemuannya dengan Reza, mahasiswa yang masih muda, membibitkan rasa cinta antara mereka. Karina yang baru menjinakkan diri dalam dunia penulisan novel, telah merahsiakan umurnya daripada pengetahuan Reza demi merealisasikan watak di dalam novel terbarunya. Bagi Reza, Karina ialah sumber inspirasi dan wanita idamannya. Karina menjadi tidak keruan apabila Reza mendesak untuk bertemu, lantas meminta adik angkatnya, Zahida, menyamar sebagai Karina untuk menemui Reza. Ternyata selepas pertemuan itu, Zahida jatuh cinta kepada Reza. Karina tidak pasti sama ada dia rela ataupun tidak untuk melepaskan cintanya terhadap Reza. Adakah Reza menyedari Zahida ialah samaran Karina? Adakah Karina akan berterus terang akan dirinya yang sebenar? Bagaimanakah pengakhiran cinta Zahida, Reza dan Karina sendiri?

 

Gerhana Cinta Edika

PENULIS: HAIZAL
KOD BUKU: BNZW-T2253
HARGA: RM18.90 Semenanjung Malaysia | RM19.90 Sabah/Sarawak

Pada Edika, perkahwinan yang lahir daripada sebuah percintaan hanyalah mitos dan jarang menemui kebahagiaan. Peristiwa kejam yang berlaku ke atas isterinya yang sedang hamil, Arabella, telah meninggalkan kesan traumatik kepada diri Edika, menyebabkan dia mengalami gangguan emosi yang serius. Lantas, Edika menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk memperdaya gadis-gadis demi melepaskan tekanan dan mencari penawar lukanya, sehinggalah dia bertemu Ardella. Pada mulanya Ardella turut menjadi mangsanya sehingga hamil, namun Edika telah ditakdirkan menemui cintanya dalam diri Ardella. Sayang sekali, sikapnya yang kurang tegas dan lebih mengutamakan keinginannya untuk membalas dendam terhadap orang yang telah menyebabkan kematian isterinya, telah mengakibatkan Ardella terperangkap dalam perkahwinan dengan rakan Edika, Zamarul, yang juga dicintai oleh adik Ardella, Arni. Namun begitu, gerhana cinta Edika berakhir jua kerana dia tahu dan mengerti cinta yang ada di hatinya dan Ardella.

 
Januari 2006

Untukmu Sayang

PENULIS: MARWATI WAHAB
KOD BUKU: BNZW-T2256
HARGA: RM17.90 Semenanjung Malaysia | RM18.90 Sabah/Sarawak

“Farish, cinta itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Hati ini pedih melihat kepercayaan yang aku semat dalam dada, kau sepahkannya merata. Hati aku terhiris luka melihat kau bersama dia. Aku kalah dengan ego sendiri lantas membiarkan kau pergi bersamanya. Bagiku cinta sejati adalah melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita”

 

Anjung Kasih

PENULIS: MOHD. CHAZALI TOCHEH
KOD BUKU: BNZW-T2254
HARGA: RM15.90 Semenanjung Malaysia | RM16.90 Sabah/Sarawak

Maslina seorang gadis yang bercita-cita tinggi ingin keluar dari kepompomg kehidupannya yang statik dan membosankan. Keinginannya semakin memuncak setelah abang keduanya, Anas mendirikan rumah tangga. Merasakan diri terpinggir dan tidak dipedulikan lagi, dia nekad memburu impiannya. Hubungan mereka bertambah tegang setelah Anas bertindak mengasari dirinya setelah dia mempersoalkan tanggungjawab kakak iparnya, Noryati yang terpaksa diambil alih olehnya. Ketika Maslina dalam dilema, dia mendapat tawaran kerja di Pulau Pinang. Peluang tersebut tidak disia-siakannya begitu sahaja sebaliknya dia nekad untuk pergi walaupun pada mulanya ibunya keberatan melepaskannya. Di Pulau Pinang dia bertemu seseorang yang akhirnya merubah kehidupannya.siapakah yang ditemuinya dan mampukah Maslina mencapai impiannya? Bagaimana pula hubungannya dengan Anas yang suatu ketika dahulu begitu rapat dengannya. Segalanya terjawab dalam Anjung Kasih.

 
 

Top

 

 

 


Laman UtamaMengenai RhythmYang TerkiniProduckHubungi KamiMaklum BalasCariPeta Laman Web
Kemaskini:
Hak Cipta © 2001 Rhythm Consolidated Berhad. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Polisi Privasi