| |
|
Papertech ditubuhkan pada tahun 1991 dengan matlamat untuk
mendapatkan kertas secara terus daripada kilang-kilang
kertas bagi keperluan percetakan kumpulan Rhythm.
Sejak beberapa tahun yang lepas peranannya semakin bertambah,
iaitu meliputi aktiviti-aktiviti perdagangan kertas dan
kertas nipis. Kini, Papertech Sdn. Bhd. menjadi salah
sebuah syarikat perdagangan/stokis kertas terbesar di
kawasan utara Semenanjung Malaysia. Papertech Sdn. Bhd.
mengimport bahan mentah dari Indonesia, Finland, Itali,
Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Bahan-bahan
mentah itu termasuklah kertas woodfree, kertas nipis
duplex, kertas coated, kertas nipis dan kertas
beraneka.
Papertech Sdn. Bhd. juga membekalkan kertas helaian
dan kertas prahelaian serta kertas nipis dalam pelbagai
saiz (bukan saiz standard) kepada para pengguna supaya
mereka dapat mengoptimumkan penggunaan produk-produk tersebut.
|

Papertech
Sdn. Bhd. turut menceburi bidang proses mengubahsuaikan
kertas untuk keperluan dan kegunaan pejabat. Syarikat
ini berjaya menghasilkan kertas untuk kegunaan pejabat
yang pelbagai saiz dan bermutu tinggi dalam bentuk rim.
Papertech Sdn. Bhd. mampu mengeluarkan kertas fotokopi
bersaiz A4 sebanyak 320,000 rim setiap bulan.
Sebagai
sebuah syarikat perdagangan/stokis dan pengubahsuaian
kertas yang dihormati dan disegani, Papertech Sdn. Bhd.
sentiasa mempunyai stok kertas dan kertas nipis untuk
memenuhi permintaan pengguna. Dengan pertumbuhan yang
pesat dan rekod perkhidmatan yang cemerlang sebagai
pedagang dan pengubahsuaian kertas, Papertech Sdn. Bhd.
berjaya menjalinkan hubungan yang erat dengan kilang-kilang
kertas ternama di seluruh pelusuk dunia.
|