Regaprime ditubuhkan pada bulan Mac 1992. Tujuan penubuhannya adalah sebagai pembekal utama diari serta lain-lain produk berasaskan kulit dan PVC yang berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang berpatutan. Ia juga menyediakan penghantaran barangan tepat pada waktunya serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

Aktiviti-aktiviti perniagaan Regaprime Sdn. Bhd., termasuklah penjilidan buku dan memasarkan produk-produk berikut:

a. Diari dan organizer
b. Produk berasaskan kulit seperti dompet, beg dan fail lipatan.
c. Produk berasaskan PVC seperti fail, fail lipatan, kertas/buku tulis.
d. T-shirt
e. Barangan kaca

Regaprime Sdn. Bhd. berjaya menghadapi persaingan melalui hubungan erat yang dijalinkan dengan pengeluar-pengeluar produk berasaskan kulit yang ternama dan terkenal. Melalui hubungan erat ini juga, Regaprime Sdn. Bhd. berpeluang mendapatkan bekalan produk tersebut dengan cepat pada harga yang berpatutan. Tambahan pula, setiap diari dan organizer dijilid sendiri melalui proses dalaman. Oleh itu, Regaprime Sdn. Bhd. berupaya menetapkan harga yang berpatutan untuk diari dan organizer kulit keluarannya.

Antara pelanggan yang sering mendapatkan perkhidmatan Regaprime Sdn. Bhd. ialah institusi-institusi kewangan, agensi insurans, syarikat-syarikat percetakan tempatan dan agensi-agensi kerajaan. Di samping itu, Regaprime Sdn. Bhd. turut memasarkan produk-produknya ke luar negara seperti Singapura dan Australia.

 













Cari :
malay.rhythm.com.my

Cari Lanjut


Yang Terkini!

Laman UtamaMengenai RhythmYang TerkiniProduckHubungi KamiMaklum BalasCariPeta Laman Web
Kemaskini:
Hak Cipta © 2001 Rhythm Consolidated Berhad. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Polisi Privasi