Dilahirkan
pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau
mula menulis pada tahun 1953. Dalam dunia penulisan
kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman
Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman
telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara
novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut
(1969), Juara
(1976), Wajah Seorang Wanita (1990) dan Nagogho
Astana (1997). Cerpen dan novel beliau pernah
diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris,
Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana
Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada
1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995.
Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979). Tutor
Bahasa Melayu USM pada tahun 1980-1983, pensyarah
di UKM (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai
Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti
Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera,
beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik
yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau
merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais
UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada penglibatan
dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif,
Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award
pada tahun 1990. |